Akhlak,
Adab dan Hak-hak Perpaduan kaum
Perpaduan boleh ditakrifkan sebagai
satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya
melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk
satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan dalam
kalangan mereka. Perpaduan masyarakat merupakan antara aspek yang
penting dalam membentuk perpaduan negara. Malaysia kini dihuni oleh
beberapa kaum dan etnik yang bersifat majmuk yang membawa
kepada wujudnya jurang perpisahan .
Pada zaman pemerintahan British di negara ini, mereka mengamalkan dasar pecah dan perintah terutama membiarkan penduduk negara ini mengamalkan kegiatan ekonomi masing-masing mengikut komposisinya. Orang Melayu dibiarkan berada di kampung yang terlibat dalam bidang pertanian dan penanaman padi serta menangkap ikan manakala tenaga buruh di ladang diambil dari negara India dan di kawasan lombong bijih timah tenaga imigran dari China diambil. Kesannya jurang perpaduan mula timbul disebabkan kegiatan ekonomi yang diusahakan di samping tempat tinggal yang berbeza . Keadaan ini mengurangkan kebarangkalian penduduk Melayu , Cina dan India bersama-sama dalam satu lokaliti.Kesan jangka panjang keadaan ini ialah wujudnya jurang pemisahan antara kaum.
Bersama-sama dengan kedatangan imigran ini ialah sistem pendidikan mereka yang dibawa ke negara ini. Orang Cina dan India memiliki sistem sekolah vernakular sendiri yang membawa masuk guru, buku dan sukatan pelajaran dari negara mereka. Kesannya di negara ini telah wujud satu sistem pendidikan yang di dalamnya terdapat sekolah aliran agama , Inggeris, Cina , Tamil dan aliran Melayu. Kesan langsung wujudnya sistem pendidikan zaman British ini menyebabkan terhalangnya proses asimilasi yang boleh memungkinkan pergaulan kaum dapat dilakukan dengan sempurna

Kita juga seharusnya mengambil iktibar
bahawa perpaduan hanya dapat dicapai jika semua rakyat bersatu padu , bertolak
ansur, hormat menghormati antara sesama angota masyarakat.
No comments:
Post a Comment