Semua pihak perlu sedar akan
pentingnya memupuk dan menjaga perpaduan masyarakat di negara kita.
Sesungguhnya, sekali kita leka dan lali serta memandang enteng akan perpaduan
kaum, nescaya kita akan menyesal untuk selama-lamanya kerana terlajak perahu
boleh diundur, terlajak kata dan tindakan buruk padahnya. Kini, kita berada
dalam era globalisasi dan liberalisasi. Pelbagai usaha dijalankan adalah demi
menuju ke arah membentuk sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu. Walaupun
terdapat beberapa cabaran, tetapi dengan adanya perancangan yang teliti, usaha
yang gigih dan strategi yang lebih berkesan dan dilaksanakan pula dengan penuh
tanggungjawab dan bersifat proaktif oleh semua pihak sudah pasti keharmonian,
perpaduan kaum dan integrasi nasional akan tercapai.
Usaha mewujudkan perpaduan kaum perlu
diberi penekanan di Negara kita kerana menjadi tonggak kesejahteraan rakyat dan
kemakmuran negara. Oleh itu, semua pihak perlulah bekerjasama dalam memastikan
perpaduan dapat dicapai di Negara ini. Jelasnya, rakyat Malaysia perlulah
sama-sama menjayakan Gagasan 1 Malaysia seperti yang disarankan Yang Amat
Berhormat Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Kesimpulanya, pentingnya budaya dan
saling hormat menghormati dalam mewujudkan semangat perpaduan dalam kalangan
kaum di Malaysia terutamanya ketika sambutan perayaan kaum masing-masing. Hal
ini kerana, budaya serta nilai hormat menghormati ini merupakan amalan yang
perlu dilaksanakan tanpa mengira agama, bangsa, serta status seseorang. Dalam
Al-Quran dengan jelas mengesa supaya kita mengamalkan perkara ini seperti yang
terdapat dalam surah al-isra’ ayat yang ke-70. Sekiranya kita mahu dihormati,
maka kita perlu menghormati orang lain. Dengan ini, apabila ada rasa hormat
dalam diri, maka terbantuklah budaya saling menghormati, seterusnya masyarakat
dapat bersatu padu dan harmoni.
No comments:
Post a Comment