Selamat datang ke
Malaysia, negara beraneka budaya, bahasa, agama dan makanan yang memikat hati.
Penyatuan budaya dan sosial yang berkurun lamanya di antara bangsa Melayu,
Cina, India, dan lain-lain telah melahirkan masyarakat Malaysia berbilang kaum
yang hidup dalam harmoni. Sambutan bersama pelbagai perayaan, sambutan tradisi
dan aktiviti kebudayaan di sepanjang tahun memastikan pelancong tidak mungkin
bosan di sini. Terkenal dengan keramahan mereka, rakyat Malaysia tidak sabar
berkongsi acara dan perayaan mereka bersama kenalan mahu pun pelancong asing.
Bagi sambutan perayaan yang meriah, inilah masanya dan Malaysialah tempatnya.
Tahun Baru Cina
Tahun Baru Cina
menandakan hari pertama kalendar Bulan dan perayaan ini disambut selama 15
hari. Limau Mandarin dan putik pohon plum, yang melambangkan kemewahan serta
nasib baik, menghias rumah penduduk berbangsa Cina, serta kompleks-kompleks
membeli-belah. Tarian naga dan tarian singa berserta paluan gendang yang
bersemangat menambahkan lagi suasana meriah perayaan ini. Pada malam sebelum
Tahun Baru, ahli keluarga berkumpul menikmati jamuan makan malam, diikuti
dengan rumah terbuka meraikan sanak saudara dan sahabat handai pada keesokkan
harinya.
Lokasi:
Seluruh Malaysia
Hari Raya Aidil Fitri
Hari Raya Aidil Fitri
menandakan tamatnya bulan puasa (Ramadhan) dan disambut oleh penganut Islam di
seluruh dunia. Penduduk Islam di Malaysia memulakan hari ini dengan menziarahi
kubur diikuti sembahyang sunat hari Raya dan saling bermaafan antara satu sama
lain. Sanak-saudara serta sahabat handai dijemput ke rumah terbuka di mana
mereka disajikan dengan pelbagai hidangan tradisional yang lazat.
Lokasi:
Seluruh Malaysia
Deepavali
Kejayaan kuasa baik
mengalahkan kuasa jahat diraikan oleh penganut Hindu dalam perayaan Deepavali
yang juga dikenali sebagai Perayaan Cahaya pada setiap bulan ke-7 mengikut
kalendar Hindu. Di seluruh negara, upacara sembahyang serta ‘pembersihan’
dijalankan di kuil-kuil serta tempat-tempat pemujaan penganut Hindu.
Lokasi:
Seluruh Malaysia
Hari Raya Aidil Adha
Hari Raya Aidil Adha
juga merupakan perayaan yang disambut oleh penganut Islam pada hari ke-10 bulan
Zulhijjah. Ianya juga menandakan para jemaah haji telah selesai menunaikan
fardhu haji di Mekah, Arab Saudi.
Lokasi:
Seluruh Malaysia
Krismas
Perayaan Krismas lebih
meriah di kawasan tropika Malaysia dengan penduduknya yang ramah. Pengunjung
dapat memilih pelbagai restoran, bistro, pusat membeli-belah dan hotel yang
turut menawarkan pelbagai promosi sempena perayaan ini. Raikan sambutan Krismas
anda di Malaysia!
Lokasi:
Seluruh Malaysia
No comments:
Post a Comment