Malaysia ialah sebuah negara yang dihuni oleh pelbagai kaum. Oleh
sebab itu, rakyat Malaysia mempunyai kepelbagaian budaya dan cara hidup yang
berbeza. Kebudayaan adalah himpunan kekayaan jasmaniah dan rohaniah yang
dicipta oleh manusia sebagai cara hidup. Kepelbagaian budaya memerlukan
beberapa perkara asas bagi mewujudkan keharmonian dalam hubungan sosial.
Seterusnya, dengan adanya kepelbagaian
budaya semangat perpaduan kaum merupakan satu usaha berterusan yang perlu
dipikul dan dijunjung bersama-sama oleh semua pihak melalui kepelbagaian
perayaan dan sambutan di Malaysia. Hal ini kerana, sekiranya terlerai ikatan
silaturahim dan musnah perpaduan dalam masyarakat, nescaya pelbagai impak
negatif akan menimpa masyarakat khususnya dan negara amnya. Oleh sebab itu,
pelbagai usaha dan cara dapat diambil dan dilakuakan bagi memupuk dan membaja
agar perpaduan dan keharmonian terus subur dan mewangi dalam kehidupan
masyarakat.
Dalam perspektif lain, Malaysia
merupakan negara yang sedang membangun bukan sahaja dari bidang pertanian,
perindustrian, sukan dan lain-lain. Hal ini membolehkan, Malaysia dikategorikan
sebagai Negara yang istimewa kerana mempunyai kepelbagaian kaum utama iaitu
Malayu, Cina, India dan sebagainya. Perkembangan Negara yang pesat serta
hubungan sosial yang kukuh membolehkan Negara Malaysia duduk sama rendah
berdiri sama tinggi dengan Negara-negara maju yang lain seperti Amerika
Syarikat, Jepun , China termasuklah Negara jiran Singapura. Tambahan pula,
kejayaan negara Malaysia bagi mengekalkan perpaduan masyarakat yang berbilang
kaum serta hubungan sosial budaya yang utuh sejak merdeka hingga kini amat
mengagumkan bukan sahaja dapat dilihat semasa sambutan perayaan malah pada apa
jua situasi yang berbeza. Namun, hal ini memerlukan perkara asas bagi
mengekalkan keharmonian budaya di Malaysia.
No comments:
Post a Comment